Berkenalan dengan saya...Metahad

Tujuan: Halaman web ini dibuat semata-mata untuk menjayakan kolum email Metro Ahad. Ia membolehkan warga Malaysia, terutama yang berada di luar negara, menyertai kolum ini dengan menghantar kepada email Metro Ahad dan boleh menyaksikannya melalui halaman web ini..
Peringatan: Halaman ini bukanlah home page rasmi. Berita dan rencana yang tersiar adalah sumbangan Metro Ahad. Oleh itu, sebarang bentuk transeksi bahan berita dan gambar untuk tujuan penyiaran dalam negara adalah dilarang. Ia masih menjadi hak cipta Metro Ahad.

Syarat-syarat:
Anda bebas menulis apa saja, seperti keadaan persekitaran, masalah setempat, pengembaraan, bersama rakan-rakan (pelajar), berita-berita menarik dan ganjil, selagi tidak menyentuh tokoh dan suasana politik tanah air kita.

Persatuan pelajar juga boleh menghantar aktiviti persatuan. Contoh: seperti mengadakan sambutan, keraian dan perpisahan untuk dimuatkan. Boleh juga menyiarkan gambar serta keterangannya satu perenggan. Saya sedia membantu jika hadapi sebarang masalah dalam penulisan.

Gambar: Anda juga boleh menghantar gambar (jika ada) untuk disiarkan. Bersaiz 200-300 pixel/inch RGB dalam format JPG. Jika anda tidak tahu ukuran, cuma scan mengikut saiz gambar berkenaan 100%. Gambar itu hendaklah disertakan bersama email anda.

Jangan hantar gambar dalam format GIF kerana tidak sesuai untuk percetakan.

Bantuan: Idea anda dialu-alukan untuk menyempurnakan lagi halaman web ini. Reka bentuk halaman ini dirombak dari semasa ke semasa. Anda juga boleh menghantar contoh halaman yang anda reka sendiri yang disertakan bersama email. Nama anda akan disiarkan di halaman web ini.
Soalan dan Cadangan: Sebarang soalan, cadangan dan teguran bolehlah di emailkan kepada kepada saya: metahad