CARA 1 - Melalui e-mel
Tuliskan ucapan anda dalam e-mel dan kemudiannya attachkan bersama gambar. Alamatkan e-mel kepada metahad@nstp.com.my

Ucapan jangan terlalu panjang dan lihat cara menghantar gambar.

GAMBAR:

Imbas (scan) gambar anda dengan menggunakan pengimbas. Dan savekan dalam warna RGB dan Format JPEG.

Perisian terbaik menukar imej gambar ialah Photoshop. Pilihan terbaik untuk JPEG QUALITY ialah Maximum. Sekiranya anda tidak ada Photoshop, bolehlah gunakan perisian lain.

Contoh: Aida. Apabila disave akan menjadi Aida.jpg

Scan seberapa besar yang boleh dan hadkan kepada jumlah muatan maksima e-mel yang anda gunakan.

AMARAN:

Tolong jangan save gambar dalam pilihan warna INDEXED COLOR dan format GIF. Kerana ia tak sesuai untuk tujuan percetakan gambar anda pada kertas akhbar.

NAMA IMEJ GAMBAR:

Jika anda hendak namakan file itu seperti nama anda (contoh Aida) sebaik-baiknya tambah nombor dibelakangnya. Seperti Aida237.jpg bagi mengelakkan nama file bersamaan dengan file gambar milik penghantar lain. Kemungkinan akan berlaku overwrite file.

ATTACH:

Setiap e-mel mempunyai had maksima muatan attach file yang dibenarkan. Jadi sila rujuk kepada perisian e-mel atau Free Web-Based masing-masing sebelum menghantar.

Contoh: Hotmail 1000k, Yahoo 500k.

MASALAH:

Sekiranya berlaku kerosakan file gambar yang kami terima, anda akan diminta menghantar semula e-mel berkenaan.

Kemungkinan ia berlaku ketika penghantaran antara pelayan e-mel.

BANTUAN:

Kami akan membantu sekiranya anda menghadapi masalah penghantaran gambar. Anda mungkin diminta menghantarnya kepada saluran lain seperti Yahoo, Hotmail dan sebagainya mengikut e-mel yang anda gunakan bagi mengurangkan kerosakkan itu nanti.

JIKA MASIH BINGUNG!

Anda boleh menggunakan CARA 3 iaitu cara paling mudah dan paling selamat.

 

Klik link di bawah ini: